Imbuhan peN

Baca slaid yang telah dinaikmuatkan. Kemudian jawab soalan-soalan berikut. Arahan: Berikan imbuhan peN- yang sesuai bagi perkataan yang di dalam kurungan. Tuliskan jawapan kamu di dalam ruangan yang disediakan.


1. _______________ (Guna) jalan raya haruslah mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

2. Setiap _______________ (pimpin) memainkan peranan yang penting dalam usaha membangunkan negara.

3. Sumbangan _______________ (kerja) sekitaran haruslah dihargai kerana tanpa mereka, Singapura tidak mungkin mendapat jolokan ‘kota raya taman’.

4. Semakin banyak rancangan-rancangan yang disajikan di kaca televisyen untuk sajian para _______________ (tonton) tempatan.

5. Salmah kerap memberi _______________ (dapat) yang sesuai semasa perbincangan di dalam kelas.

6. Encik Syukur telah berkhidmat sebagai _______________ (pandu) bas selama lima belas tahun.

7. _______________ (baca) berita itu kelihatan segak memakai kot yang berwarna hitam.

8. Pihak _______________ (cadang) yang pertama memulakan perbahasan dengan mengemukakan hujah-hujahnya.

9. Kita harus banyak membaca jika ingin menjadi seorang _______________ (tulis) yang berjaya.

10. Akibat kes keracunan makanan itu, _______________ (jaja) gerai makan itu telah disaman.

11. _______________ (bom) nekad itu telah menyebabkan beratus-ratus orang kehilangan nyawa apabila dia melepaskan bom buatannya di khalayak ramai.

12. Pada bulan Syawal, _______________ (anut) agama Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

No comments:

Post a Comment