Soalan-soalan Karangan Naratif

SEKOLAH MENEGAH PASIR RIS
 
 
Soalan Naratif
 
1.Tulis sebuah peristiwa mengenai pengalaman kamu mendapat pengiktirafan dan pujian ke atas sesuatu perkara yang telah kamu lakukan dengan baik.


2.Tuliskan sebuah cerita mengenai kebahagian yang tidak berkekalan.


3.Tuliskan sebuah peristiwa tentang bagaimana satu kesilapan telah mengubah kehidupan kamu.


4.Tuliskan sebuah cerita yang menunjukkan pentingnya sikap saling hormat menghormati di dalam sebuah persahabatan.
 
5.Kisahkan satu peristiwa yang membuat kamu sedar akan kelemahah diri kamu.
 
6.Sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada masalah. Ceritakan satu masalah besar yang pernah kamu hadapi dan bagaimana kamu menyelesaikan masalah itu. Nyatakan juga pengajaran yang kamu dapat daripada pengalaman itu.
 
7.Tulis sebuah cerita mengenai sikap menunjuk-nunjuk yang membawa padah.
 
8.Tulis satu peristiwa di mana jika kamu diberi peluang kedua, kamu ingin melakukan yang terbaik daripada yang sebelumnya.
 
9.Tulis sebuah cerita bagaimana kehidupan seorang remaja hampir-hampir musnah akibat terlalu musnah akibat terlalu mempercayai seseornag yang dikenali.
 
10.Tulis sebuah cerita tentang suatu peristiwa pahit yang telah memberi kamu suatu pengajaran yang berharga.
 
11.Tulis sebuah cerita mengenai satu kemalangan yang menyebabkan seseorang itu dikejutkan dengan suatu rahsia yang terbongkar setelah kemalangan tersebut berlaku.
 
12.Tulis sebuah cerita mengenai satu kejadian yang menyedarkan kamu bahawa wang bukan segala-galanya untuk membuat seseorang itu hidup bahagia.
 
13.Tuliskan sebuah cerita yang mengajar kamu menghargai masa.
 
14.Tulis sebuah cerita bagaimana sifat kamu yang egoist telah menyebabkan kamu terlepas satu peluang keemasan.
 
15.Tulis sebuah cerita mengenai satu kegagalan yang menyedarkan kamu akan pentingya semangat kekitaan.
 
16.Tulis sebuah cerita yang membuat kamu berasa serik.
 
17.Tulis sebuah cerita tentang sebuah janji yang tidak ditepati.
 
 
 
 

Pengenalan Karangan Naratif

Contoh 1
Tujahan cahaya matahari menyelinap masuk menerusi kaca tingkapku. Aku terjaga dari tidurku yang nyenyak. Jam dinding menunjukkan pukul lapan pagi. Aku sudah terlewat untuk ke sekolah. Aku segera mencapai tuala. Tanpa aku sedari, bingkai gambarku jatuh ke lantai. Serpihan kaca dari bingkai gambar itu hancur berkecai. Tiba-tiba, ingatanku kembali menjangkau suasana masa lampau yang telah berlaku.



Contoh 2
Senja kian merangkak pergi. Matahari perlahan-lahan memberi ruang kepada Sang Bulan menerangi kegelapan malam. Begitulah peraturan alam ciptaan Tuhan. Namun, segalanya berubah dengan sekelip mata hanya kerana peristiwa itu.



Contoh 3
Malam itu bukan main gelapnya sehingga pokok-pokok di tepi jalan raya tidak kelihatan dengan jelas. Hujan lebat semenjak petang tadi masih mencurah-curah. Guruh berdentam-dentuk dan kilat sabung-menyabung. Sejuk bukan kepalang lagi sampai ke tulang hitam rasanya. Saat-saat begini membuatkan aku teringat tentang peristiwa yang berlaku itu.



Contoh 4
Sang Fajar menyuluh bumi. Ia seakan-akan tidak pernah lupa pada rutinnya. Pagi yang cerah dan bertemankan kicauan burung itu telah menceriakan suasana. Aku duduk berteleku memandang secangkir kopi yang telah disiapkan oleh pembantu rumah. Sekonyong-konyong, benak fikiranku diketuk.


Contoh 5
Mulutku terkunci, hatiku terkatup dan tenggelam dalam kepiluan. Awan mendung bergayutan di pelipis mataku. Mukaku bertukar menjadi merah-padam mengenang nasibku kini. Ingatanku masih segar kepada peristiwa yang berlaku beberapa tahun yang lalu.