Karangan Ekspositori

Penggal lepas, kita telah pun mempelajari dan melihat contoh-contoh karangan ekspositori. Berikut ini ialah pautan lelaman contoh-contohnya bagi pengukuhan.

http://www.saujana.sg/portals/0/bahan%20pengajaran/wiyata/kar23.pdf

Imbuhan beR, teR

Baca slaid yang telah dinaikmuatkan. Kemudian jawab soalan-soalan berikut.
Arahan: Bubuhkan imbuhan beR- dan teR- pada perkataan yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah ini. Kemudian, tulis semula ayat tersebut dan gariskan perkataan yang berkenaan.

1. Ibu paksa hutang dengan kawan-kawannya untuk membayar yuran sekolah kami.

2. Semasa memakai kasut tumit tinggi itu, Siti hampir pelecok.

3. Syazana paksa menyesuaikan dirinya walaupun dia tidak selesa gaul dengan murid-murid dalam kelasnya.

4. Walaupun pokok langsat di belakang rumah Pak Amin buah lebat, ia paksa ditebang.

5. Dia tolak ke London dengan gesa-gesa setelah mendapat berita bahawa adiknya ditimpa kemalangan di sana.

6. Salim dan Suresh saling tegur sapa semasa mereka serempak di luar.

7. Abang Zaid akan kelihatan lebih garang jika misai.

8. Dia angan-angan hendak membeli sebuah rumah banglo apabila cita-citanya untuk menjadi sebuah peguam capai kelak.

9. Kami enam akan pergi menonton wayang di Orchard esok.

10. Encik Zul tali leher ke pejabatnya hari itu.

Satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan

Setiap orang mempunyai pelbagai kenangan di dalam hidup mereka. Pastinya, ada peristiwa yang pahit dan manis yang tidak dapat mereka lupakan.

Dengan menggunakan sekurang-kurangnya 30 perkataan, ceritakan satu peristiwa yang manis / pahit / sedih yang tidak dapat kamu lupakan.

Sertakan nama kamu di setiap komen.

Adat Berjiran

Jiran sememangnya merupakan orang yang terdekat dengan kita. Jika ada sebarang kecemasan dan kita perlukan pertolongan, jiranlah orang yang boleh kita harapkan pada masa itu. Namun kita, masyarakat Singapura kurang menonjolkan semangat kejiranan.


Bagaimanakah kita dapat menghidupkan semangat kejiranan dan amalan bergotong royong di kalangan masyarakat Singapura?
Berikan contoh-contoh amalan gotong-royong yang dapat dijalankan di kalangan jiran tetangga.

Jawapan kamu hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 50 perkataan. Harap sertakan sekali nama dan kelas kamu.

Karangan Ekspositori

Untuk pelajaran kali ini, kita akan mempelajari tentang penulisan karangan ekspositori.

Sila klik pautan berikut untuk melihat penjelasan lanjut  tentang karangan ekspositori serta contoh-contohnya.

http://www.dunmansec.moe.edu.sg/home/premium/cyberit_lesson/Malay/For%20all%20level/Pendahuluan%20dlm%20Karangan%20ekspositori.ppt

http://tintaprsskaryaku.blogspot.com/search/label/Karangan%20Ekspositori

Tugasan untuk Pelajar 2HML: Sila rujuk Artikel Berita Harian berjudul Pupuk Sikap Membaca di muka surat 10 ruangan Ekstra. Kamu hendaklah menulis sebuah karangan yang bertajuk Sikap Membaca Harus Dipupuk Di Kalangan Pelajar. Panjang karangan kamu haruslah tidak kurang daripada 240 patah perkataan.

Sastera Rakyat

Minggu 1
Sastera rakyat merupakan hasil peninggalan datuk nenek kita pada masa dahulu. Masyarakat Melayu dahulu memang kaya dengan pelbagai cerita yang lazimnya disampaikan melalui lisan, iaitu dari mulut ke mulut.

Apakah yang dimaksudkan dengan Sastera Rakyat? Sila rujuk lelaman berikut untuk mengetahui penerangan lanjut tentang Sastera Rakyat.


Rujukan:
http://melayuonline.com/ind/culture/dig/1256/cerita-rakyat
http://malaysiana.pnm.my/pnm_sr/main/page3.php?pg_num=1&article_id=48

Minggu 2 - 3
Setelah membaca tentang definisi, jenis-jenis dan contoh Sastera Rakyat, Cikgu pasti para pelajar sudah pun mendapat maklumat yang diperlukan untuk tugasan selanjutnya.

Sila bentuk kumpulan seramai 4 orang. Setiap kumpulan haruslah memikirkan cerita rakyat mana yang ingin dikaji secara lebih terperinci. Kumpulkan bukti-bukti sama ada dari lelaman internet atau buku tentang cerita tersebut.

Tugsan : Menyiapkan sinopsis ringkas tentang cerita tersebut. Sinopsis tersebut hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 150 patah perkataan. Para pelajar boleh menggunakan bahan tambahan dalam bentuk video dan audio untuk menyampaikan ringkasan cerita tersebut.

Kumpulan kamu hendaklah membuat sebuah klip rakaman yang ringkas (tidak melebihi 10 min) berdasarkan mana-mana adegan yang kamu rasakan menarik dalam cerita tersebut. Rakaman boleh dibuat melalui telefon bimbit,

Minggu 4
Hasil persembahan hendaklah dibentangkan kepada teman-teman di kelas.