Apitan peN-...-an, pe-..-an, peR-...-an

Baca slaid yang telah dinaikmuatkan. Kemudian jawab soalan-soalan yang terdapat di bawah ini.
Arahan: Berikan imbuhan peN-…-an, pe...an dan peR-..-an yang sesuai bagi perkataan yang di dalam kurungan. Tuliskan jawapan kamu di dalam ruangan yang disediakan.

1. Guru besar menyuruh para pelajar berkumpul di dewan kerana ada _______________ (umum) yang akan dibuat.

2. Berkat ketekunannya mengkaji pelajarannya, Salmi telah lulus dengan cemerlang dalam _______________ (periksa) itu.

3. Pada zaman _______________ (perintah) Jepun, ramai bangsa Cina yang telah dibunuh dengan kejam.

4. Bapanya bekerja sebagai buruh di sebuah _______________ (labuh) untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.

5. Pengerusi majlis itu sedang memberi taklimat dan _______________ (terang) kepada para hadirin.

6. Kita haruslah menghargai segala _______________ (korban) ibu bapa kita kerana mereka telah banyak berkorban untuk membesarkan kita.

7. _______________ (pilih) ahli jawatankuasa untuk tahun hadapan telah bermula sejak pagi tadi.

8. Masalah _______________ (angkut) awam di kawasan perumahan itu perlu diatasi dengan segera.

9. Kita harus mendapatkan _______________ (sah) daripada pihak atasan sebelum projek tersebut dapat dijalankan.

10. Dalam _______________ (gaduh) itu, Azmi tidak berpihak kepada sesiapa pun.

11. _______________ (selisih) faham itu dapat diselesaikan akhirnya apabila salah seorang daripada mereka mengalah.

12. Kita perlu mendapatkan _______________ (lindung) dalam apa jua aspek kehidupan.

No comments:

Post a Comment