Apitan peN-...-an, pe-..-an, peR-...-an

Baca slaid yang telah dinaikmuatkan. Kemudian jawab soalan-soalan yang terdapat di bawah ini.
Arahan: Berikan imbuhan peN-…-an, pe...an dan peR-..-an yang sesuai bagi perkataan yang di dalam kurungan. Tuliskan jawapan kamu di dalam ruangan yang disediakan.

1. Guru besar menyuruh para pelajar berkumpul di dewan kerana ada _______________ (umum) yang akan dibuat.

2. Berkat ketekunannya mengkaji pelajarannya, Salmi telah lulus dengan cemerlang dalam _______________ (periksa) itu.

3. Pada zaman _______________ (perintah) Jepun, ramai bangsa Cina yang telah dibunuh dengan kejam.

4. Bapanya bekerja sebagai buruh di sebuah _______________ (labuh) untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.

5. Pengerusi majlis itu sedang memberi taklimat dan _______________ (terang) kepada para hadirin.

6. Kita haruslah menghargai segala _______________ (korban) ibu bapa kita kerana mereka telah banyak berkorban untuk membesarkan kita.

7. _______________ (pilih) ahli jawatankuasa untuk tahun hadapan telah bermula sejak pagi tadi.

8. Masalah _______________ (angkut) awam di kawasan perumahan itu perlu diatasi dengan segera.

9. Kita harus mendapatkan _______________ (sah) daripada pihak atasan sebelum projek tersebut dapat dijalankan.

10. Dalam _______________ (gaduh) itu, Azmi tidak berpihak kepada sesiapa pun.

11. _______________ (selisih) faham itu dapat diselesaikan akhirnya apabila salah seorang daripada mereka mengalah.

12. Kita perlu mendapatkan _______________ (lindung) dalam apa jua aspek kehidupan.

Imbuhan peN

Baca slaid yang telah dinaikmuatkan. Kemudian jawab soalan-soalan berikut. Arahan: Berikan imbuhan peN- yang sesuai bagi perkataan yang di dalam kurungan. Tuliskan jawapan kamu di dalam ruangan yang disediakan.


1. _______________ (Guna) jalan raya haruslah mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

2. Setiap _______________ (pimpin) memainkan peranan yang penting dalam usaha membangunkan negara.

3. Sumbangan _______________ (kerja) sekitaran haruslah dihargai kerana tanpa mereka, Singapura tidak mungkin mendapat jolokan ‘kota raya taman’.

4. Semakin banyak rancangan-rancangan yang disajikan di kaca televisyen untuk sajian para _______________ (tonton) tempatan.

5. Salmah kerap memberi _______________ (dapat) yang sesuai semasa perbincangan di dalam kelas.

6. Encik Syukur telah berkhidmat sebagai _______________ (pandu) bas selama lima belas tahun.

7. _______________ (baca) berita itu kelihatan segak memakai kot yang berwarna hitam.

8. Pihak _______________ (cadang) yang pertama memulakan perbahasan dengan mengemukakan hujah-hujahnya.

9. Kita harus banyak membaca jika ingin menjadi seorang _______________ (tulis) yang berjaya.

10. Akibat kes keracunan makanan itu, _______________ (jaja) gerai makan itu telah disaman.

11. _______________ (bom) nekad itu telah menyebabkan beratus-ratus orang kehilangan nyawa apabila dia melepaskan bom buatannya di khalayak ramai.

12. Pada bulan Syawal, _______________ (anut) agama Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Apitan meN-...-kan, meN-...-i

Awalan meN

Baca slaid yang telah dinaikmuatkan. Kemudian jawab soalan-soalan berikut.
Bahagian A
Arahan: Perkataan yang digarisi memerlukan imbuhan. Isi jawapan yang betul di ruangan yang disediakan.

Salah satu permainan tradisional orang Melayu ialah sepak raga bulat. Dalam permainan ini, pemain mestilah cekap timbang dan kawal bola raga. Permainan ini uji kecekapan pemain sepak, tanduk, dada dan lutut bola raga agar tidak jatuh ke tanah.

Permainan ini dilakukan secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada enam orang pemain. Pemain bentuk bulatan dan permainan bermula dengan pemain pertama lontar bola ke arah pemain yang bersetentangan dengannya. Pemain kedua sambut dengan sepak atau tanduk bola dan hantar kepada pemain lain.

Permainan diteruskan selagi bola terus berada di udara. Permainan itu dikira mati apabila bola jatuh ke tanah.

1. ____________________

2. ____________________

3. ____________________

4. ____________________

5. ____________________

6. ____________________

7. ____________________

8. ____________________

9. ____________________

10. ____________________

11. ____________________

12. ____________________

13. ____________________


Bahagian B
Arahan: Isikan tempat-tempat kosong ini dengan perkataan berimbuhan yang sesuai.

14. Aminah _______________ (pukul) bantal itu dengan sekuat-kuat hatinya.

15. Azman _______________ (batu) apabila ternampak harimau di dalam hutan.

16. Kucingnya _______________ (ngiau) kelaparan kerana seharian tidak makan.

17. Pak Mat sedang _______________ (lap) kereta barunya itu.

18. Dia tidak dapat _______________ (kawal) kemarahannya lalu memukul anaknya yang sering berbohong.

19. Kamil sedang _______________ (kapak) kayu api di hutan.

20. Emak _______________ (sapu) lantai rumah yang dipenuhi dengan habuk.

Apitan mempeR-...-kan, mempeR-...-i

Awalan mempeR-, dipeR-

Apitan ke-...-an

Apitan dipeR-...-kan,dipeR-...-i

Imbuhan di..., Apitan di-...-i, di-...-kan

Apitan beR-...-an, beR-...-kan

Imbuhan -kan, -an, -i